CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, 31 January 2012

Kenangan Lalu

Penghijrahan aku pada 2010 sangat memberi erti dalam kehidupan ini.. Terasa singkat waktu bersama sahabat-sahabat. Pelbagai dugaan telah kami tempuhi bersama, jatuh bangun sendiri untuk meneruskan penghijrahan kami dalam menuntut ilmu yang diberkati oleh Allah..Pengalaman mengajar kami erti kehidupan sebenar,Saat kami sibuk mengejar impian kami telah digemparkan dengan pelbagai berita yang amat menyedihkan dan ada juga yang mengembirakan kami semua saat kami sedih ada juga kegembiraan yang terselit..


Ketabahan guru-guru yang mengajar kami juga sangat kami hargai walaupun tak mampu untuk membalas dengan wang tapi InsyaAllah kami akan membalasnya dengan kejayaan yang mungkin akan kami perolehi dengan kehendak yang Maha Kuasa..

Kenangan-kenangan yang kami kecapi bersama telah menjadi bukti persahabatan yang kekal abadi buat kami.walaupun setahun setengah bersama tapi kami telah mengumpul 1000 kenangan bersama, manis pahit semua kami lalui dengan tabah... Kerana suatu hari kebahagian akan kami miliki....

0 comments: